Wednesday, October 16, 2013

Ujian kehidupan

Selama ni Allah kurniakan nikmat hidup bahagia bersama keluarga. Allah juga sentiasa menguji manusia dgn memberikan pelbagai nikmat tidak terhingga. 

Kdg2 terfikir Allah belum uji lg,sdgkan ujian tu dh ad dh cuma kita belum sedar. 

Ujian kehidupan sebenar apabila kita belum mampu khusyuk dlm solat,belum mampu solat awal waktu,belum mampu solat sunat malam,belum mampu berdoa dgn sepenuh hati. Dan banyak lagi..

Kehidupan dunia juga suatu ujian,tetapi ujian utk kehidupan akhirat adalah ujian yg lebih besar yg kadang kala kita xmampu melihatnya tanpa kita berfikir.

Adakah masih rasa belum di uji? Sedarlah wahai diri,ujian kehidupan yg sgt besar adalah dlm ibadah kita,bukan khidupan dunia.

Aurat wanita juga suatu ujian. Adakah dgn memakai pakaian yg sedang kita pakai,kita mampu utk terus menunaikan solat tanpa menggunakan telekung? Adakah berbeza aurat wanita ketika menyidai kain di luar dgn keluar berjalan? Pastinya tidak. Justeru mengapa masih tidak menutup aurat wahai muslimat? Sedarlah yang kamu sedang diuji.

Manusia diturunkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepada Allah.
Semoga kita kembali kepada fitrah sebagai seorang hamba yg cinta kepada kebaikan.

Selangkah kita dekat kepada Allah,sepuluh langkah Allah dtg kepada kita.
Berlarilah kepada Allah tanpa keraguan.

No comments:

Post a Comment