Friday, July 29, 2011

Ramadhan yang tiba...^^

Assalamualaikum...

Wahh!!!! Ramadhan nak dekat dah. Tak sabarnya rasa. Bulan yang paling aku tunggu-tunggu. Bestnya.. TEngah-tengah aku tengok-tengok video kat youtube, teringat  nak tengok video pasal iklan Ramadhan. Memang best iklan dari luar. Buat masa ini, aku sediakan sedikit contoh. hehe.. kongsi sesama..:)



lepas ini, kawan-kawan kita sediakan bacaan al-Quran dalam kereta ya..:)


Ini lagi satu yang menarik. Kan kita sunat sahur kerana apa? kerana sahur membezakan kita dengan puasa orang yahudi.. Walaupun seteguk air. jom bersahur. Haa..disamping kita bersahur, apa kata kita solat sunat beberapa rakaat. Solat tahajud pun kira ok dah..:) Jom..


Ini best gak.. Kita nanti jangan nak beli makanan buka ikut nafsu, berikan sedikit untuk orang yang tidak berkemampuan. Bersedekah seikhlasnya, sebab bukankah pahala kita digandakan paling banyak dalam bulan Ramadhan ini. So, apa lagi, jomlah bersedekah. InsyaAllah pahala amalan ini akan bantu kita apabila kita dipanggil nanti.. :)


emmm... ini hiburan sedikit dari kumpulan nasyid Unic dan Inteam bertajuk Kemuliaan Ramadhan. Dengarlah. best... Terbaikk...:)


Friday, July 22, 2011

petua BERSIHKAN HATI


  • *      dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya Allah jadikan hatiku bersih”.
  • *      selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minimun 100 kali sebelum tidur – ini satu pelaburan yang mudah dan murah.
  • *      solat taubat – selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • *      membaca Al-Quran – selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
  • *      bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • *      bisikan kepada diri pekara yag positif – jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
  • *      berpuasa – sekiranya berpuasa terhindar daripada melakukan kejahatan.
  • *      ingat mati – sekiranya hendak melakukan kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  • *      kekalkan berwuduk.
  • *      bersedekah.
  • *      jaga pemakanan – jangan makan makanan yang haram dan kotor.
  • *      berkawan dengan ulama.
  • *      berkawan dengan orang miskin – menginsafi diri.
  • *      pesan pada orang lain,jadi baik dan jauhi kejahatan.
  • *      menjaga pancaindera – mata,telinga,mulut dan sebagainya.


Ini sebahagian dr apa yg telah sy bca..jika ad tmbahn petua,jangn segan silu menambah..^^