Wednesday, October 16, 2013

Rahsia Cintaku

Rahsia cintaku - A.Ubaidillah Alias terbitan Telaga Biru.

     Serba-sedikit petikan yang diambil daripada buku ni. Maaf xdpt sertakan gambar sbb ada masalah teknikal sikit. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita. InsyaAllah. 

     'Indahnya cinta berpaksikan kasih Sang Pencipta. Indahnya kasih kerana berasal daripadaNya dan cinta yang paling utama adalah cinta kepada Sang Pencipta cinta."

     "Malu kalau ada orang mendengar? Dengan Allah yang Maha Mendengar itu tidak rasa malu? Malu pada manusia yang tidak dapat memberi pahala atau dosa,dengan Allah tidak rasa apa-apa?"

     "Inilah risiko bercinta,jika elok akan jadi inspirasi. Jika bermasalah,akan jadi tribulasi."

     "Mana yang lebih baik,jika awak mencari ilmu secukupnya dan mendidik seorang wanita yang sudah sah bergelar isteri awak atau awak lebih suka menjalinkan hubungan dengan seorang yang awak tidak pasti adakah dia bakal isteri awak?"

     "Dosa kecil pun tetap dosa. Ulama selalu berpesan,jika kita melakukan dosa kecil berterusan,nanti kita akan mati dalam keadaan su'ul khatimah. Nauzubillah."

     "Jika tak kenal,maka tak cinta. Jika belum kenal,hati mungkin tertanya-tanya tetapi tidak akan cuba mendekati. Katanya,itu lebih selamat daripada dosa kecil. Kalau sudah kenal,nanti hati akan sentiasa mahu bersua dan berbicara."

     "Pakcik,maaf saya mengganggu,saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik."

     "Bersangka baiklah dengan Allah,dia pasti menerima taubatmu."

     "Ya Allah,sesungguhnya bidadari dan juga arak disyurgaMu adalah lebih baik daripada apa yang ada di dunia ini."

     "Akhlak yang mulia ialah komunikasi yang paling berkesan. Berkhidmatlah dengan penuh kasih sayang,bekerjalah dengan cermat."

     "Ya Allah,maafkan aku. Aku tidak mahu menjadi dayus. Aku tidak sanggup melihat anakku dihumban ke dalam neraka bersama lelaki yang fasik."

     "Allah tak pernah mengabaikan kita selagi mana kita menjaga solat. Allah menguji kita dengan kesusahan kerana Dia mahu memberikan kita syurgaNya."

     "Adik,kamu belajar rajin-rajin. Kemiskinan bukan halangan untuk berjaya. Selagi kita bertuhankan Allah,tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini."

     "Maka berpegang teguhlah engkau kepada al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus." Al-Zukhruf,43

     "Wahai org muda,sesungguhnya apa yang kamu alami merupakan tipu daya iblis dan iblis tidak akan mampu mengoda kamu kecuali melalui dosa yang telah kamu lakukan. Jagalah solat wajib,al-Quran,zikir,qiamullail,dhuha,dan berbaktilah kepada orang tua,maka syaitan tidak akan mengganggumu lagi."

     "Cemburu ialah penyakit orang yang tidak bersyukur. Segala nikmat yang ada,kamu tidak hargai. Kamu asyik memandang nikmat orang yang belum kamu peroleh. Seandainya kamu bersabar atas ujian yang datang,Allah akan hantarkan lebih banyak rezeki daripada jalan yang tidak kamu sangka."

     "Dia malu jika Allah melihatnya gagal mentadbir keluarga disebabkan berkahwin lagi. Dia malu,jika isterinya berbuat dosa disebabkan gagalnya dia mendidik. Dia malu jika anak-anaknya menjadi liar disebabkan dia sibuk dengan dunia."

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment