Padanya Ada Hikmah by Prof. Dr. Muhaya dan Bahruddin Bekri terbitan PTS.
Sakit. Orang ramai memberi makna sakit itu bila mana kita xsihat,xmampu guna tenaga utk bekerja,beribadah. Hakikatnya,dalam islam,sakit itu rahmat daripada Allah. Peringatan buat kita agar lebih banyak beribadah. Juga pengampuan dosa-dosa kita. Allah tarik sedikit nikmat yg diberi supaya kita ingat kembali kepadaNya dan ingat bahawa mati itu pasti dan ia makin dekat dengan kita.
Dan dugaan itu datang dalam hidup setiap manusia tidak terkecuali diriku sendiri. Ditakdirkan Allah,isz jatuh sakit,demam panas dan demam campak selama hampir seminggu lebih. Alhamdulillah,sakit datang sewaktu berada di rumah mama ayah,bukan di rumah sewa. Terasa bahagia walaupun sakit,kerana dijaga oleh mama ayah dengan penuh kasih sayang. Terimakasih mama ayah. Sekarang alhamdulillah isz dh sihat sepenuhnya.
Kebetulan juga,sebelum sakit tu,isz baru lepas habis baca buku berkaitan sakit ni,oleh Prof. Dr. Muhaya dan Bahruddin. Ini serba-sedikit petikan yang diambil daripada buku tersebut. Semoga memberi sedikit manfaat buat semua. InsyaAllah.
"Pakcik ini begitu bertuah. Semua orang akan mati tapi berapa banyak yang akan tahu saat mereka akan pergi? Jadi orang yang diberi sakit ini adalah orang yang bertuah kerana diberikan isyarat oleh Allah supaya bersedia."
"Semasa kita sakit,kita semua sudah bersedia dengan apa yang kita mahu buat apabila kita sudah sembuh dan kembali sihat. Tetapi,adakah kita sudah bersedia dengan apa yang mahu kita buat sekiranya kita sudah mati?"
"Sihat itu cumalah rezeki,tetapi mati itu pula adalah pasti."
"Sakit fizikal kita akan sembuh apabila berjumpa dengan Allah. Tetapi penyakit rohani kita,penyakit dalam hati kita tidak akan sembuh apabila di akhirat sana. Ubatnya adalah api neraka. Bacalah al-Quran untuk mengisi masa semasa sakit di hospital bagi menjaga hati supaya terus sihat."
"Sudah tiba masanya NGO islam ini datang ke hospital-hospital bagi memberikan motivasi kepada para pesakit islam. Malah kepada yang bukan islam sendiri. Ini kerana antara waktu yang paling membuatkan kita hilang pertimbangan adalah pada ketika kita sakit teruk."
"Pesakit yang bersifat negatif akan bertambah sakit,dan lambat sembuhnya. Tugas doktor adalah membantu menyembuhkan pesakit dan salah satu caranya adalah dengan membuangkan sikap negatif mereka."
"Sabar. Ini semua ada hikmahnya. Allah tunjuk kepada kita supaya kita ambil iktibar."
"Mungkin semasa kita sihat dahulu kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah. Mungkin juga semasa kita sihat dahulu,kita melupakan Allah. Tetapi Allah Maha Pengasih,dan Dia tak mahu kita hanyut dalam dosa,lalu Dia turunkan peringatan dalam bentuk kemalangan."
"Hadapi masalah sebagai seorang muslim. Pada ketika kita diberi nikmat,kita bersyukur dan dapat pahala. Pada ketika kita ditimpa musibah pula,kita bersabar dan kita juga mendapat pahala."
"Apabila kita merokok,merosakkan kesihatan,tidak rasa berdosakah kita kerana merosakkan kesihatan sendiri? Kesihatan itu amanah Allah. Amanah yang kita perlu jaga. Pakcik rasa dengan merokok,kita berdosa ataupun tidak?"
"Jika mahu sembuh,jangan cepat memberi alasan. Begitu jugalah dalam hidup,alasan itulah yang membezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya."
Semoga petikan ini mampu menarik hati anda utk membeli buku ini bagi meneruskan pembacaan. Cerita yang ringkas tetapi memberi banyak pengajaran. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment