Hati buta sebab 10 perkara.
1. Kamu mengenali Allah tetapi tidak tunaikan hakNya.2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi menolak sunnahnya.
3. Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan rezeki Allah tetapi tidak mensyukurinya.
5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.
6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.
7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia bagi menghadapinya.
9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Semoga kita berusaha utk menjauhkan hati kita daripada mati. "Sebahagian daripada tanda matinya hati ialah tidak merasa sedih apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan juga tidak menyesal apabila berbuat dosa."
No comments:
Post a Comment