'...itulah hati yang mati, yang tidak mengenal Tuhannya, tidak menyembah Tuhannya seperti yang diperintahkan. Hati yang selalu menurut hawa nafsu dan kesenangannya, meski yang demikian itu menyebabkan Allah murka. Dia tidak peduli adakah Tuhannya rela ataupun murka asalkan dia dapat memuaskan nafsu dan hasratnya.
Hati seperti itu menjadi budak dalam soal cinta, takut, rela, murka, mulia dan hina. Ia bercinta kerana hawa nafsunya, marah juga kerana hawa nafsunya.
Apabila memberi adalah kerana keinginannya bagi memberi dan menahan adalah kerana nafsunya melarang ia memberi.
Hawa nafsunya lebih dicintai daripada Tuhannya. Hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai pemimpinnya, kebodohan sebagai pemandunya dan lalai sebagai kenderaannya.'
Penjelasan Ibnu Qayyim di atas menggambarkan hati yang mati semakin mengeras. Perlahan-lahan ukuran kekerasannya semakin sukar dekendalikan lagi. Hati ini bahkan lebih keras daripada batu. Na'udzubillah. Semoga Allah sentiasa menghidupkan hati ini dan memberikan keselamatan di dunia dan akhirat..
No comments:
Post a Comment