Thursday, June 23, 2011

ISRAEL di LAPTOP kita !

rakan2 sekalian dimohon untuk Buka komputer/laptop anda.cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang zionis Israel lengkap dengan lilin.HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.
 
step:1: buka my computer
2: klik local disc C:.
3: klik program files
4: klik microsoft office
5: klik MEDIA
6: klik CAGCAT10
7: cari gmbar yg bernama J0285926 : DELETE gmbr ni!!

tahniah kepada yg sudah delete!^^

Saturday, June 18, 2011

Pokok Pelangi

Pokok ini dikenali sebagai EUCALYPTUS DEGLUPTA (salah satu daripada 700 spesies dalam keluarga Eucalyptus) yang berasal dari negara Australia tetapi kini ditanam di beberapa negara lain untuk industri perkayuan.

Merupakan sejenis tumbuhan hutan yang memiliki kulit yang licin dan berwarna-warni seperti pelangi.

Mampu tumbuh sehingga 70 meter dan memiliki daun yang boleh diproses sebagai minyak angin.




Do I Look Like A Mat Salleh?


After returning back from a foreign trip, Shokalingam asked his wife, “Do I look like a foreigner?”

“No!” replied his wife. “Why?”

“Because,” said Shokalingam, “In London, a lady asked me, “Are you a foreigner?”


Friday, June 17, 2011

Petua Kecantikan Islam


Wajah segar,berseri-seri dan cantik : cucilah minima 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Menghilangkan stress : perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab,agar awet muda : gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga dihati. Jangan lupa bisikan ‘kata kunci’, “Allahuma kama hassanta khalqii fahassin khuluqii” (ya Allah sebagaimana Engkau telah memperindah kejadianku,maka perindah pula akhlakku).

Bibir cantik : bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Tubuh langsing,mulus : diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Mengembangkan diri : sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.



Proud to be a MUSLIM


A  GUY ASKED A MUSLIM : WHY DO YOUR GIRLS COVER UP THEIR BODY AND HAIR??

THE MUSLIM GUY SMILED AND GOT TWO SWEETS, HE OPENED THE FIRST ONE AND KEPT THE OTHER ONE CLOSED.. HE THROWN THEM BOTH ON THE DUSTY FLOOR AND ASKD THE CHRISTIAN...: IF I ASKD U TO TAKE ONE OF THE SWEETS WHICH ONE U WILL CHOOSE??

THEN THE GUY REPLIED: THE COVERED ONE.

THEN THE MUSLIM SAID THAT'S HOW WE TREAT AND SEE OUR WOMEN.. ^_^

Thursday, June 16, 2011

SMILE more!


I’m not a fighter. I usually smile and then go into my room and cry my eyes out.

Start every day off with a smile and get it over with.

A smile confuses an approaching frown.

You are not fully dressed until you wear a smile.

If you’re not using your smile, you’re like a man with a million dollars in the bank and no checkbook.

Even if I am in a bad mood I have to smile and be nice to the fans.

A smile is a language that even a baby understands.



Hati yang Mati

Ibnu Qayyim memberi penjelasan berkenaan hati yang mati..

'...itulah hati yang mati, yang tidak mengenal Tuhannya, tidak menyembah Tuhannya seperti yang diperintahkan. Hati yang selalu menurut hawa nafsu dan kesenangannya, meski yang demikian itu menyebabkan Allah murka. Dia tidak peduli adakah Tuhannya rela ataupun murka asalkan dia dapat memuaskan nafsu dan hasratnya. 

Hati seperti itu menjadi budak dalam soal cinta, takut, rela, murka, mulia dan hina. Ia bercinta kerana hawa nafsunya, marah juga kerana hawa nafsunya. 

Apabila memberi adalah kerana keinginannya bagi memberi dan menahan adalah kerana nafsunya melarang ia memberi.

Hawa nafsunya lebih dicintai daripada Tuhannya. Hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai pemimpinnya, kebodohan sebagai pemandunya dan lalai sebagai kenderaannya.'

Penjelasan Ibnu Qayyim di atas menggambarkan hati yang mati semakin mengeras. Perlahan-lahan ukuran kekerasannya semakin sukar dekendalikan lagi. Hati ini bahkan lebih keras daripada batu. Na'udzubillah. Semoga Allah sentiasa menghidupkan hati ini dan memberikan keselamatan di dunia dan akhirat.. 

Wednesday, June 15, 2011

Hati yang Baik dan Sihat

  • bebas daripada seluruh keinginan melanggar larangan Allah
  • bebas daripada perbuatan menghukum dengan hukuman yang tidak berasal daripada Nabi Muhammad
  • hati yang tidak menduakan perasaan takut, harapan dan tawakal kepada Allah
  • hati yang bebas daripada sifat syirik
  • selalu menjaga perasaan kehambaannya kepada Allah
  • hati yang bersih bersinar cerah   
Hati yang baik dan sihat mampu melihat erti kehidupan. Ia sentiasa optimis semasa menjalani kehidupan ini. Kadangkala,kesusahan yang dialami dapat menukar menjadi kebahagiaa. Ia selalu merasa keindahan dan tidak pernah mengeluh. Baginya, bersyukur kepada Allah adalah ubat penghibur kepada ujian kehidupan. Ia tidak mudah putus asa. Ia yakin dengan rahmat Allah yang sentiasa tercurah untuknya.
    

Segumpal Daging..

Di dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Apabila ia BAIK,baiklah seluruh tubuh. Apabila ia ROSAK,rosaklah juga tubuh. Ketahuilah daging itu adalah HATI..



  Ketika hati insan jernih,hati itu mampu menterjemah mesej dengan jelas,terang-benderang dan positif. Namun apablia hati gelap-gelita,proses terjemahan menjadi keruh,emosional dan merosakkan. Tidak hairanlah orang yang hatinya kotor dan menghidap penyakit hati,tindak-tanduknya cenderung meresahkan orang bahkan membahayakan dirinya sendiri.




Tuesday, June 14, 2011

Kisah Rasulullah saw sebagai pengajaran dan tauladan


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi saw bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah saw lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah saw menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'

'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi saw 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda saw bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda saw yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'

'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah saw mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

Lalu baginda saw menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'

Jawab baginda saw dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah saw bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.






Monday, June 13, 2011

Al-Quran Allah


 AL-QURAN...

1)Ketika anda mebawa Al-Quran, respon syaitan biasa2 saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang2..
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan setiap hari. …Dia stroke…
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !” SEBAR2KAN LAH~~Jangan dengar bisikan syaitan.