Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba-Mu
Kusering melanggar larangan-Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhan-Mu
Walau sedar aku milik-Mu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba-Mu
Bilakah diri inikan kembali kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
0h Tuhanku Kau pimpinlah diri ini yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah , aku jahil tanpa pimpinan dari-Mu
Kusering berjanji depan-Mu
Sering jua kumemungkiri
Kupernah menangis kerana-Mu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri inikan kembali kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
0h Tuhanku Kau pimpinlah diri ini yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah , aku jahil tanpa pimpinan dari-Mu
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba - hamba-Mu
Selangkah kukepada-Mu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan…
Diri ini tidak layak ke Syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke Neraka-Mu
Ku takut kepada-Mu
Ku harap jua pada-Mu
Moga kukan selamat dunia akhirat
Seperti Rasul dan sahabat..
No comments:
Post a Comment