Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

Hati Buta

Hati buta sebab 10 perkara.

1. Kamu mengenali Allah tetapi tidak tunaikan hakNya.

2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi menolak sunnahnya.

3. Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

4. Kamu makan rezeki Allah tetapi tidak mensyukurinya.

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.

6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia bagi menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Semoga kita berusaha utk menjauhkan hati kita daripada mati. "Sebahagian daripada tanda matinya hati ialah tidak merasa sedih apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan juga tidak menyesal apabila berbuat dosa."

Friday, July 22, 2011

petua BERSIHKAN HATI


  • *      dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya Allah jadikan hatiku bersih”.
  • *      selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minimun 100 kali sebelum tidur – ini satu pelaburan yang mudah dan murah.
  • *      solat taubat – selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • *      membaca Al-Quran – selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
  • *      bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • *      bisikan kepada diri pekara yag positif – jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
  • *      berpuasa – sekiranya berpuasa terhindar daripada melakukan kejahatan.
  • *      ingat mati – sekiranya hendak melakukan kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  • *      kekalkan berwuduk.
  • *      bersedekah.
  • *      jaga pemakanan – jangan makan makanan yang haram dan kotor.
  • *      berkawan dengan ulama.
  • *      berkawan dengan orang miskin – menginsafi diri.
  • *      pesan pada orang lain,jadi baik dan jauhi kejahatan.
  • *      menjaga pancaindera – mata,telinga,mulut dan sebagainya.


Ini sebahagian dr apa yg telah sy bca..jika ad tmbahn petua,jangn segan silu menambah..^^




Thursday, June 16, 2011

Hati yang Mati

Ibnu Qayyim memberi penjelasan berkenaan hati yang mati..

'...itulah hati yang mati, yang tidak mengenal Tuhannya, tidak menyembah Tuhannya seperti yang diperintahkan. Hati yang selalu menurut hawa nafsu dan kesenangannya, meski yang demikian itu menyebabkan Allah murka. Dia tidak peduli adakah Tuhannya rela ataupun murka asalkan dia dapat memuaskan nafsu dan hasratnya. 

Hati seperti itu menjadi budak dalam soal cinta, takut, rela, murka, mulia dan hina. Ia bercinta kerana hawa nafsunya, marah juga kerana hawa nafsunya. 

Apabila memberi adalah kerana keinginannya bagi memberi dan menahan adalah kerana nafsunya melarang ia memberi.

Hawa nafsunya lebih dicintai daripada Tuhannya. Hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai pemimpinnya, kebodohan sebagai pemandunya dan lalai sebagai kenderaannya.'

Penjelasan Ibnu Qayyim di atas menggambarkan hati yang mati semakin mengeras. Perlahan-lahan ukuran kekerasannya semakin sukar dekendalikan lagi. Hati ini bahkan lebih keras daripada batu. Na'udzubillah. Semoga Allah sentiasa menghidupkan hati ini dan memberikan keselamatan di dunia dan akhirat.. 

Wednesday, June 15, 2011

Hati yang Baik dan Sihat

  • bebas daripada seluruh keinginan melanggar larangan Allah
  • bebas daripada perbuatan menghukum dengan hukuman yang tidak berasal daripada Nabi Muhammad
  • hati yang tidak menduakan perasaan takut, harapan dan tawakal kepada Allah
  • hati yang bebas daripada sifat syirik
  • selalu menjaga perasaan kehambaannya kepada Allah
  • hati yang bersih bersinar cerah   
Hati yang baik dan sihat mampu melihat erti kehidupan. Ia sentiasa optimis semasa menjalani kehidupan ini. Kadangkala,kesusahan yang dialami dapat menukar menjadi kebahagiaa. Ia selalu merasa keindahan dan tidak pernah mengeluh. Baginya, bersyukur kepada Allah adalah ubat penghibur kepada ujian kehidupan. Ia tidak mudah putus asa. Ia yakin dengan rahmat Allah yang sentiasa tercurah untuknya.
    

Segumpal Daging..

Di dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Apabila ia BAIK,baiklah seluruh tubuh. Apabila ia ROSAK,rosaklah juga tubuh. Ketahuilah daging itu adalah HATI..



  Ketika hati insan jernih,hati itu mampu menterjemah mesej dengan jelas,terang-benderang dan positif. Namun apablia hati gelap-gelita,proses terjemahan menjadi keruh,emosional dan merosakkan. Tidak hairanlah orang yang hatinya kotor dan menghidap penyakit hati,tindak-tanduknya cenderung meresahkan orang bahkan membahayakan dirinya sendiri.